|
Assalamu 'alaikum Abiskita Ahli Keluarga PKMS,
Sempena acara seperti di atas, sukacita abiskita dijemput memeriahkan sambutan tersebut, anjuran bersama STM, PKMS & PWM.
Semua pertandingan akan disediakan hadiah mengikit kesesuaian. Lokasi pertandingan di Dewan Serba Guna STM, court volley ball & laman padang
STM.
Perincian itinerari acara pertandingan spt. berikut:
1) Badminton Tournament (5 regu lelaki & 3 regu perempuan) jam 7 -11malam pd hari & tarikh:
i. Ahad, 1 Jun 08: STM vs. PWM,
ii. Isnin. 2 Jun 08: PKMS vs. PWM,
iii. Selasa 3 Jun 08: PKMS vs.STM
2) Sukaneka (Telematch) semua kategori umur anak-anak & ibubapa pd Jumaat, 6 Jun 08 (2.30 - 6pm):
i. pertandingan mewarna (sila bawa prop
peralatan mewarna sendiri, urusetia hanya menyediakan kertas lukisan bergambar utk diwarnai anak-anak abiskita), ii. Membawa bola ping pong
dlm sudu,
iii. Meniup gula-gula dlm tepung dll.,
iii. Kemuncaknya
acara Tarik Tali/Kalat utk kaum bapa. Sama-samlah kita sekeluarga turut serta pd hari berkenaan memeriahkan lagi silaturrahim abiskita.
3) Majlis Resepsi pd 7 Jun 08, jam 7.30 - 10.30pm di Dewan Serba Guna, STM: Doa, Ikrar, Koir, Ucapan TYT, Penyampaian hadiah & makan Malam.
Semua ahli PKMS sekeluarga bersama anak-anak dialu-alukan kedatangan.
4) Menanda tangani kad Selamat Hari Lahir utk diserahkan kemudian kpd. SPB Yang Di Pertuan Agong (sepjg acara berjalan).
Abiskita warga PKMS dipohon memberi kerjasama menyebarkan berita sambutan & menjemput semua kenalan PKMS yg tidak menerima mesej e-mail
ini.
Khidmat diberi Ikhlas di Hati,
Prof.Madya Dr.Hj.Su'aidi Dato' Hj.Safei,
Hon.Sec.Gen. PKMS
|